ETP atau English Theme Park (Kemasek, Kemaman) ETP atau English Theme Park adalah satu taman tema bahasa Inggeris yang ditubuhkan dengan tajaan EXXONMOBILdi PKG Kemasek, Kemaman. Taman ini bertujuan menggalakkan penggunaan dan penguasaan bahasa Inggeris dikalangan murid-murid sekolah terutama di sekitar Kemasek.Ia juga menyediakan pelbagai bahan rujukan dan alat bantu kepada guru-guru bahasa Inggeris serta sebagai satu pilihan kepada guru untuk menukar persekitaran pembelajaran yang berlainan dari kelas biasa kepada satu suasana yang menyeronokkan.Taman ini menyediakan pelbagai kemudahan dan alatan pembelajaran yang menyeronokkan dengan membawa tema tertentu. ETP di bahagikan kepada dua seksyen iaitu: i. Outdoor Station Ia terdiri beberapa bahagian seperti
- Vocab Shack,
- Giant Mushroom
- Graffiti Wall
ii. Indoor Station Bahagian ini terdiri daripada beberapa sudut iaitu
- PC Island,
- Reading Corner,
- Visual Corner,
- Audio Corner
- Games
Setiap sudut mempunyai aktiviti yang berlainan.
* Selain dari ETP Kemasek, terdapat satu lagi ETP iaitu ETP Kuala Terengganu (PKG Tok Jiring)
Advertisements